Pages

Sayang

Sebab sayang aku kongsikan

Tuesday, 10 May 2016

Contoh: Flyers Fakultas Dakwah & Komunikasi UIN Raden Fatah


Resume: Media Cetak

Media cetak adalah seperti flyer, booklet, selebaran, pamplet, brosur. Didalamnya itu perlu ada informasi iaitu apa yang ingin disampaikan dan komposisi.
Komposisinya adalah seperti berikut:
1. Huruf
2. Warna
3. Gambar
4. Space

*PR bukan yang buat desain tapi yang memilih informasi seperti gambar & sebagainya.

Tuesday, 3 May 2016

CONTOH: Respon Surat Pembaca

Respon Surat Pembaca

Restoran Swetree

Terima kasih kami ucapkan kepada mrs. Amira diatas kritikan yang diberikan melalui laman web kami. Setelah kami membuat penelitian, kami mendapati ada 3 kritikan yang diberikan kepada kami. Yang pertama, keadaan restoran seolah-olah tertutup kerana ada penghadang dihadapan kedai. Yang kedua meja makan terlalu besar untuk 2 orang makan. Ketiga sekiranya pelanggan  tidak tekan loceng tiada pelayan yang akan melayani.

Bagi menjawab kritikan diatas, kami mulakan dengan kritikan yang pertama. Tujuan kami meletakkan penghadang dihadapan pintu adalah bagi memastikan keselesaan pelanggan terjamin. Kerana dihadapan restoran adalah tempat parking kereta, jadi bagi memastikan kualiti makanan dihidangkan dalam keadaan bersih kami menjadikan penghadang itu sebagai cara menghadang dari asap kereta yang akan  mengganggu pelanggan. Sebenarnya sekiranya mrs. Amira pernah lalu dihadapan kedai kami diwaktu pagi sebelum restoran dibuka, mrs. akan nampak perbezaan yang ketara samada restoran kami buka atau tutup. Hal ini kerana, penghadang itu bermaksud restoran kami buka, manakala sekiranya restoran tutup akan kelihatan zink yang mengunci didepan pintu masuk tersebut.

Bagi kritikan yang kedua, meja makan untuk 2 orang makan ada 6 buah. 3 dihadapan kedai dan 3 lagi diatas. Kebiasaan pelanggan walaupun hanya 2 orang sahaja yang makan, tetapi pilihan makanan mereka banyak. Itu yang membuatkan kami meletakkan meja yang besar sesuai dengan makanan yang dipilih. Untuk kritikan ketiga, kami memohon maaf terlebih dahulu. Hal ini kerana pelanggan yang datang di restoran kami selalunya akan ke galeri baju-baju dan peralatan korea dahulu ditingkat atas, seusai bergambar barulah mereka akan duduk di meja makan. Jadi ini adalah sebab mengapa tiada pelayan yang akan melayani hinggalah loceng dibunyikan. Pelayan kami sudah selalu bertanyakan kepada pelanggan pada permulaanya, tetapi mereka akan menunggu ahli keluarga yang lain.

Tetapi selepas ini kami akan meminta pihak penyambut tetamu untuk memaklumkan tentang tekan loceng tersebut. 

Pihak restoran Swetree mengucapkan ribuan terima kasih diatas kritikan yang diberikan oleh mrs. Amira. Hal ini menunjukkan kecaknaan yang diberikan oleh mrs. kami akan cuba menambaik baik dari masa ke semasa.

Tuesday, 19 April 2016

Tugasan UTS Kegiatan Sosial

Restoran Swetree,
No 13, L-12, Jalan Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang.
Selangor, Malaysia
19 Mei 2016

PRESS RELEASE KEGIATAN SOSIAL RESTORAN SWETREE BERSAMA ANAK YATIM RAUDHATUL JANNAH
Ampang, 17 Mei 2016. Restoran Swetree yang menyajikan makanan Korea membuat kegiatan sosial bersama anak yatim Raudhatul Jannah di restoran Swetree kelmarin. Kegiatan sosial yang dibuat oleh restoran swetree ini adalah untuk meraikan anak-anak yatim sempena “Hari Anak Sedunia” yang disambut diseluruh dunia.
Kim Han Juk iaitu pengusaha Swetree ini ingin menjadikan kegiatan sosial seperti ini berkala. Hal ini kerana, beliau turut merasakan kesedihan yang dialami oleh anak-anak ini kerana beliau turut kehilangan ibubapa seusia kecil. Beliau mengatakan perlunya ada kegiatan sosial seperti ini supaya anak-anak yatim ini rasa dihargai. Anak-anak yatim di Raudhatul Jannah rata-ratanya kehilangan ibubapa seawal mereka kecil. Kebanyakan mereka adalah anak yatim piatu dan hanya sedikit yang ditinggalkan oleh ibubapa kerana perceraian.
Seramai 30 orang anak-anak yatim Raudhatul Jannah yang bersama dalam kegiatan sosial bersama staf swetree. Anak-anak yatim tersebut terdiri dari 13 lelaki dan 17 perempuan yang berusia dari 7 tahun hingga 16 tahun.
Kim Han Juk memilih anak yatim Raudhatul Jannah kerana ini adalah satu-satunya perumahan anak yatim yang ada di Ampang. Pada acara itu ada dijemput artis-artis jemputan untuk memeriahkan lagi acara. Mereka memperagakan Hanbok (baju tradisi Korea) dan menikmati makanan Korea. Di pengakhiran acara, Kim Han Juk memberikan saguhati berupa duit Rm 300, set pakaian kasual dan set barangan sekolah pada setiap anak-anak yatim tersebut.

“END”

Nama: Zainab Roslan
Mata Kuliah: Teknik Penulisan Naskhah PR
Dosen: Ma'am Anita Trisiah, M,Sc

Resume: PRL Release

Berikut adalah format standard PRl:
1.       Tip penulisan prl harus jelas ditulis tanpa hiasan di pinggir kertas
2.       Margin 1 space 1.5 (1.25 narrow)
3.       Nama company, alamat pengirim disudut kiri atas termasuk contact person (nama & no fon)
4.       Tanggal release tertera di margin kanan sedikit lebih kebawah dibandingkan margin alamat sebelah kiri.
5.       Judul ditulis dalam satu space dan digaris bawah
6.       Tubuh dan uraian PRL ditulis dalam 2 space
7.       Jika PRL lebih dari satu halaman PRL dibawah halam more dalam kurung lagi-lagi diletakkan dalam kurung tanda @ garis pisah
8.       Halaman berikutnya ditandai dengan slugline (code) diikuti beberapa garis pemisah no halaman pada garis atas.

9.       Akhir pada PRL ditandai dengan end atau angka (-30-) atau simbol ###. 

Press release dikenali sebagai news release. Ia dibuat oleh Public Relation (PR) untuk informasi. Informasi yang diberikan untuk public ini baik internal mahupun external. Informasi ini ada kaitan dengan PRL Company dan PRL Produk. Press release ini menggunakan media massa. Informasi ini mesti mempunyai nilai keberhargaan dan nilai sebuah berita (news worthy dan news value). 







Tuesday, 5 April 2016

Teknik Penulisan Naskhah PR

Berikut adalah Teknik Dasar PR Writing:

Fokus
Lead
Body
Ending
Revisi
Teknik Soal Jawab
Baca Kembali
Periksa Akurasi

Semua teknik diatas memerlukan prewriting-writing-rewriting

Contoh Advertorial: Korea di Malaysia?


Era ini rata-ratanya di Asia tenggara sudah sangat popular dengan rancangan hiburan dari Korea. Rancangan Korea seperti lagu, drama dan reality shownya sudah tersiar di rata-rata televisyen dan radio di Asia tenggara. Sekiranya menyebut tentang “reality show Korea” ianya tidak lari dari menonjolkan kepelbagaian makanan yang pasti mengiurkan.



Anda nak makan makanan Korea?. Tidak perlu pergi hingga ke Korea, kerana di restoran Sweetree kami menyediakan makanan Korea yang rasanya pantas diterima oleh orang Asia tenggara. Kami juga menyediakan makanan pedas manis seperti Tteokpokki, Chicken crunchy sweet spicy dan pelbagai lagi makanan yang popular di Korea. Anda tidak perlu risau kerana restoran Sweetree telah mendapat pengesahan halal Jakim, Malaysia. Anda tidak perlu berlapar sementara menunggu makanan yang dipesan siap kerana pelayan kami akan melayani anda dengan side dishes seperti bubur, kimchi, sosej, pancake dan lain-lain sementara  anda menunggu makan yang dipesan siap.



Ayuh segera datang ke restoran Swetree yang bertempat di 13, L-12, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang selangor, Malaysia. Kami membuka dari seawal jam 10:30am sehingga 11pm. Harga yang berpatutan ditawarkan sesuai dengan portion makanan yang besar.

Nak makanan Korea kena ke Korea? Sweetree kan ada..

Wednesday, 30 March 2016

When I'm Driving I'm Do It With Style

Nama saya Zainab Bt Roslan dan saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Saya adalah anak ke-enam daripada sepuluh orang adik beradik. Saya mempunyai empat abang dan tiga orang adik lelaki, manakala saya hanya mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Walaupun saya mempunyai ramai anggota lelaki, ianya tidaklah menjadikan saya seorang yang berperwatakan lelaki, bahkan kehadiran mereka membuatkan saya lebih senang untuk mengadaptasi dengan kehidupan. Saya tidak begitu segan untuk berjumpa dengan lelaki diluar untuk tujuan urusan kerana saya telah pun berhadapan dengan pelbagai ragam adik beradik lelaki.

Saya seorang yang boleh diistilahkan suka mencuba sesuatu yang baru. Ketika saya kecil saya tidak begitu berminat untuk membeli permainan doll, Barbie atau yang sewatak dengannya. Saya lebih suka membeli permainan kereta berkawalan jauh,Tamia dan sebagainya. Saya masih tidak tahu dari siapa saya mengambil minat tersebut.  Abang-abangkah?.

Apabila saya berminat dengan sesuatu perkara, saya akan menggunakan seluruh kefokusan saya untuk memahami perkara tersebut. Saya bukan seorang yang boleh memahami sesuatu perkara hanya dengan teori, saya perlu terjun ke medan untuk memahami sesuatu perkara. Itulah permulaan saya terjebak dalam pemanduan tanpa lesen.

Bermulanya saya mencuba membawa kereta tanpa lesen adalah pada tahun 2011 ketika umur saya 17 tahun. Pada ketika itu saya bertekad akan mencuba membawa kereta. Di rumah saya mempunyai 2 kereta iaitu Unser dan Wira (kereta Wira adalah kereta yang ayah selalu bawa ke tempat kerjanya dan pada ketika itu ayah berada di Sulawesi Indonesia atas urusan kerja. maka kereta Wira ada dirumah. Ummie (mak saya) pula membawa kereta Unser ke tempat kerjanya).  Maka seusai balik dari sekolah saya bertekad untuk membawa kereta Wira disebabkan ketika itu kereta Wira berada diluar.  Tidak sabar rasanya hendak mempraktikkan teori yang terlalu banyak dalam benak fikiran.

Petang, sementara menunggu untuk berbuka puasa, saya bertekad untuk mencuba memandu kereta walaupun berseorangan. Saya telah menghidupkan enjin kereta dan membawanya sendiri dan alhamdulillah saya berjaya balik tanpa mencalarkan ataupun melanggar kereta orang. Kerana terlalu gembira saya telah mengajak kakak saya untuk melihat pemanduan saya. Kali ini saya telah membawa ke kawasan kampung yang jalannya berliku lagi sempit dan alhamdulillah masih berjaya kembali tanpa melanggar kereta orang atau mencalarkan kereta. Kakak memuji saya tentunya.

Jauh didalam sudut hati, saya merasakan perkara ini adalah tidak sepatutnya saya lakukan. Jadi malam itu saya telah berjumpa dengan ummie (mak saya) untuk memberitahu bahawa saya telah mencuri-curi membawa kereta ayah tanpa izin. Seperti yang dijangkakan pastinya teguran yang ummie akan keluarkan. Saya berjanji untuk tidak mengulanginya. Tetapi berita baiknya adalah tika sampainya umur (umur yang dibolehkan mengambil lesen kereta adalah pada umur 17 tahun dan saya masih belum sampai tarikh lahir). Saya dibenarkan belajar memandu dan boleh memiliki lesen memandu.

Saya sangat suka cara pemanduan kereta abang kedua saya iaitu Azinuddin. Dia membawa kereta dengan penuh hemat dan berstyle. Sekiranya dia bawa laju seperti Michael Schumacher, lajunya itu tidak memeningkan kepala. Istilah saya selalu pakai adalah laju tetapi smooth. Sekiranya ada masalah dalam pemanduan, mulutnya hanya diam dan tenang, tidak seperti sesetengah pemandu walaupun lelaki tetapi bila ada masalah mulut mengalahkan perempuan. Saya sudah melihat cara-cara pemanduan keramaian orang dan tentunya cara pemanduan abang saya yang saya sukai kerana berstyle.

Memandu dengan style bagi saya adalah pemanduan yang rapi, lancar dan terkawal. Walaupun laju tetapi sekiranya perlu kepada emergency break kita tidak memeranjatkan penumpang ataupun mungkin sekiranya ada kecelakaan yang mendatang kita mampu mengawal walaupun kita sedang memandu dengan laju. Maka bagi saya Azinuddin adalah orang yang memberi inspirasi kepada saya untuk memandu dengan cara berhemah tetapi style. Di rumahlah pemanduan pertama dimulakan ketika umur saya 17 tahun. Niat saya ketika ingin mengambil lesen adalah kerana saya ingin memudahkan urusan ayah dan ummie.

Kini telah 5 tahun saya memiliki lesen kereta. Timur barat selatan utara sudah saya jelajahi. Cara pemanduan saya adalah lebih menjurus cara abang saya. Memandu pelbagai kereta baik manual atau auto akan saya memandunya dengan style. Sehingga kini saya masih belajar bagaimana ingin memandu dengan baik kerana setiap hari adalah pembelajaran buat saya. Saya tidak pernah puas untuk mengetahui bagaimana cara pemanduan yang bagus. Kerana bukan semua orang yang membawa kereta laju itu adalah style, tapi pemanduan yang terkawal itu adalah style.

Bukan semua perempuan adalah pemandu yang tidak berhemah dan bukan semua lelaki adalah pemandu yang berhemah. Kerana kita semua manusia. Ayuh memandu dengan “STYLE”.

Wednesday, 23 March 2016

Saya Aku I Ana

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu’alaikum warahmatullah,
Pepatah ada mengatakan bahawa tidak kenal maka tidak cinta, maka dengan ini insyaAllah saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang saya. Ianya bukanlah untuk anda mencintai saya tetapi cukuplah sekadar anda kenal atau tahu siapakah sang empunya blog ini. Dalam penulisan ini fokus penceritaan hanyalah tentang diri saya.
Nama yang telah diberikan oleh kedua orang tua saya adalah Zainab. Saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tanggal 9 haribulan 12 tahun 1994. Saya mempunyai adik-beradik seramai 10 orang dan saya adalah anak yang ke-6.
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Al-Abqari di gombak pada tahun 2000. Seterusnya selepas tamat UPSR di sekolah rendah, saya masuk ke Tahfiz Darul Furqan pada tahun 2006 sehingga saya berjaya mengkhatamkan al-quran pada tahun 2011. Selepas itu saya masuk ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad pada tahun 2012 sehinggalah 2015. Sekarang alhamdulillah saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam bidang Dakwah & Komunikasi di UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia.

Saya gemar membaca buku yang berbentuk motivasi seperti buku Prof Dr. Muhaya atau Dr. Anwar fazal dan yang lain-lain. Sebab itulah blog ini saya beri kan nama “Think Positive” kerana dengannya harapan saya moga dapat memberikan inspirasi kepada pembaca. Setakat ini sahaja sedikit sebanyak perkenalan tentang diri saya dan semoga anda sudah kenal walau tidak banyak tentang saya.

Jangan tunggu mereka indahkan hidup kita, ayuh kita mulai mengindahkan hidup mereka dan kita.

Bahagia yang ada pada diri,
Zainab Roslan.