Pages

Sayang

Sebab sayang aku kongsikan

Wednesday, 30 March 2016

When I'm Driving I'm Do It With Style

Nama saya Zainab Bt Roslan dan saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Saya adalah anak ke-enam daripada sepuluh orang adik beradik. Saya mempunyai empat abang dan tiga orang adik lelaki, manakala saya hanya mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Walaupun saya mempunyai ramai anggota lelaki, ianya tidaklah menjadikan saya seorang yang berperwatakan lelaki, bahkan kehadiran mereka membuatkan saya lebih senang untuk mengadaptasi dengan kehidupan. Saya tidak begitu segan untuk berjumpa dengan lelaki diluar untuk tujuan urusan kerana saya telah pun berhadapan dengan pelbagai ragam adik beradik lelaki.

Saya seorang yang boleh diistilahkan suka mencuba sesuatu yang baru. Ketika saya kecil saya tidak begitu berminat untuk membeli permainan doll, Barbie atau yang sewatak dengannya. Saya lebih suka membeli permainan kereta berkawalan jauh,Tamia dan sebagainya. Saya masih tidak tahu dari siapa saya mengambil minat tersebut.  Abang-abangkah?.

Apabila saya berminat dengan sesuatu perkara, saya akan menggunakan seluruh kefokusan saya untuk memahami perkara tersebut. Saya bukan seorang yang boleh memahami sesuatu perkara hanya dengan teori, saya perlu terjun ke medan untuk memahami sesuatu perkara. Itulah permulaan saya terjebak dalam pemanduan tanpa lesen.

Bermulanya saya mencuba membawa kereta tanpa lesen adalah pada tahun 2011 ketika umur saya 17 tahun. Pada ketika itu saya bertekad akan mencuba membawa kereta. Di rumah saya mempunyai 2 kereta iaitu Unser dan Wira (kereta Wira adalah kereta yang ayah selalu bawa ke tempat kerjanya dan pada ketika itu ayah berada di Sulawesi Indonesia atas urusan kerja. maka kereta Wira ada dirumah. Ummie (mak saya) pula membawa kereta Unser ke tempat kerjanya).  Maka seusai balik dari sekolah saya bertekad untuk membawa kereta Wira disebabkan ketika itu kereta Wira berada diluar.  Tidak sabar rasanya hendak mempraktikkan teori yang terlalu banyak dalam benak fikiran.

Petang, sementara menunggu untuk berbuka puasa, saya bertekad untuk mencuba memandu kereta walaupun berseorangan. Saya telah menghidupkan enjin kereta dan membawanya sendiri dan alhamdulillah saya berjaya balik tanpa mencalarkan ataupun melanggar kereta orang. Kerana terlalu gembira saya telah mengajak kakak saya untuk melihat pemanduan saya. Kali ini saya telah membawa ke kawasan kampung yang jalannya berliku lagi sempit dan alhamdulillah masih berjaya kembali tanpa melanggar kereta orang atau mencalarkan kereta. Kakak memuji saya tentunya.

Jauh didalam sudut hati, saya merasakan perkara ini adalah tidak sepatutnya saya lakukan. Jadi malam itu saya telah berjumpa dengan ummie (mak saya) untuk memberitahu bahawa saya telah mencuri-curi membawa kereta ayah tanpa izin. Seperti yang dijangkakan pastinya teguran yang ummie akan keluarkan. Saya berjanji untuk tidak mengulanginya. Tetapi berita baiknya adalah tika sampainya umur (umur yang dibolehkan mengambil lesen kereta adalah pada umur 17 tahun dan saya masih belum sampai tarikh lahir). Saya dibenarkan belajar memandu dan boleh memiliki lesen memandu.

Saya sangat suka cara pemanduan kereta abang kedua saya iaitu Azinuddin. Dia membawa kereta dengan penuh hemat dan berstyle. Sekiranya dia bawa laju seperti Michael Schumacher, lajunya itu tidak memeningkan kepala. Istilah saya selalu pakai adalah laju tetapi smooth. Sekiranya ada masalah dalam pemanduan, mulutnya hanya diam dan tenang, tidak seperti sesetengah pemandu walaupun lelaki tetapi bila ada masalah mulut mengalahkan perempuan. Saya sudah melihat cara-cara pemanduan keramaian orang dan tentunya cara pemanduan abang saya yang saya sukai kerana berstyle.

Memandu dengan style bagi saya adalah pemanduan yang rapi, lancar dan terkawal. Walaupun laju tetapi sekiranya perlu kepada emergency break kita tidak memeranjatkan penumpang ataupun mungkin sekiranya ada kecelakaan yang mendatang kita mampu mengawal walaupun kita sedang memandu dengan laju. Maka bagi saya Azinuddin adalah orang yang memberi inspirasi kepada saya untuk memandu dengan cara berhemah tetapi style. Di rumahlah pemanduan pertama dimulakan ketika umur saya 17 tahun. Niat saya ketika ingin mengambil lesen adalah kerana saya ingin memudahkan urusan ayah dan ummie.

Kini telah 5 tahun saya memiliki lesen kereta. Timur barat selatan utara sudah saya jelajahi. Cara pemanduan saya adalah lebih menjurus cara abang saya. Memandu pelbagai kereta baik manual atau auto akan saya memandunya dengan style. Sehingga kini saya masih belajar bagaimana ingin memandu dengan baik kerana setiap hari adalah pembelajaran buat saya. Saya tidak pernah puas untuk mengetahui bagaimana cara pemanduan yang bagus. Kerana bukan semua orang yang membawa kereta laju itu adalah style, tapi pemanduan yang terkawal itu adalah style.

Bukan semua perempuan adalah pemandu yang tidak berhemah dan bukan semua lelaki adalah pemandu yang berhemah. Kerana kita semua manusia. Ayuh memandu dengan “STYLE”.

No comments:

Post a Comment