Restoran Swetree,
No 13, L-12, Jalan Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang.
Selangor, Malaysia
Kim Han Juk +60192662568@swetree.sedap@gmail.com
19 Mei 2016
PRESS RELEASE KEGIATAN SOSIAL RESTORAN SWETREE BERSAMA ANAK YATIM RAUDHATUL
JANNAH
Ampang,
17 Mei 2016. Restoran Swetree yang menyajikan makanan Korea membuat kegiatan
sosial bersama anak yatim Raudhatul Jannah di restoran Swetree kelmarin. Kegiatan
sosial yang dibuat oleh restoran swetree ini adalah untuk meraikan anak-anak
yatim sempena “Hari Anak Sedunia” yang disambut diseluruh dunia.
Kim Han Juk
iaitu pengusaha Swetree ini ingin menjadikan kegiatan sosial seperti ini
berkala. Hal ini kerana, beliau turut merasakan kesedihan yang dialami oleh
anak-anak ini kerana beliau turut kehilangan ibubapa seusia kecil. Beliau mengatakan
perlunya ada kegiatan sosial seperti ini supaya anak-anak yatim ini rasa
dihargai. Anak-anak yatim di Raudhatul Jannah rata-ratanya kehilangan ibubapa
seawal mereka kecil. Kebanyakan mereka adalah anak yatim piatu dan hanya
sedikit yang ditinggalkan oleh ibubapa kerana perceraian.
Seramai
30 orang anak-anak yatim Raudhatul Jannah yang bersama dalam kegiatan sosial
bersama staf swetree. Anak-anak yatim tersebut terdiri dari 13 lelaki dan 17
perempuan yang berusia dari 7 tahun hingga 16 tahun.
Kim Han
Juk memilih anak yatim Raudhatul Jannah kerana ini adalah satu-satunya
perumahan anak yatim yang ada di Ampang. Pada acara itu ada dijemput
artis-artis jemputan untuk memeriahkan lagi acara. Mereka memperagakan Hanbok
(baju tradisi Korea) dan menikmati makanan Korea. Di pengakhiran acara, Kim Han
Juk memberikan saguhati berupa duit Rm 300, set pakaian kasual dan set barangan
sekolah pada setiap anak-anak yatim tersebut.
“END”
Nama: Zainab Roslan
Mata Kuliah: Teknik Penulisan Naskhah PR
Dosen: Ma'am Anita Trisiah, M,Sc
No comments:
Post a Comment