Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu’alaikum warahmatullah,
Pepatah ada mengatakan bahawa tidak kenal maka tidak cinta,
maka dengan ini insyaAllah saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang
latar belakang saya. Ianya bukanlah untuk anda mencintai saya tetapi cukuplah
sekadar anda kenal atau tahu siapakah sang empunya blog ini. Dalam penulisan
ini fokus penceritaan hanyalah tentang diri saya.
Nama yang telah diberikan oleh kedua orang tua saya adalah
Zainab. Saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Saya dilahirkan di Hospital
Besar Kuala Lumpur pada tanggal 9 haribulan 12 tahun 1994. Saya mempunyai
adik-beradik seramai 10 orang dan saya adalah anak yang ke-6.
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam
Al-Abqari di gombak pada tahun 2000. Seterusnya selepas tamat UPSR di sekolah
rendah, saya masuk ke Tahfiz Darul Furqan pada tahun 2006 sehingga saya berjaya
mengkhatamkan al-quran pada tahun 2011. Selepas itu saya masuk ke Kolej
Universiti Islam Zulkifli Muhammad pada tahun 2012 sehinggalah 2015. Sekarang alhamdulillah
saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam bidang Dakwah &
Komunikasi di UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia.
Saya gemar membaca buku yang berbentuk motivasi seperti buku
Prof Dr. Muhaya atau Dr. Anwar fazal dan yang lain-lain. Sebab itulah blog ini
saya beri kan nama “Think Positive” kerana dengannya harapan saya moga dapat memberikan
inspirasi kepada pembaca. Setakat ini sahaja sedikit sebanyak perkenalan tentang diri saya dan semoga anda sudah kenal walau tidak banyak tentang saya.
Jangan tunggu mereka indahkan hidup kita, ayuh kita mulai mengindahkan hidup mereka dan kita.
Bahagia yang ada pada diri,
Zainab Roslan.
No comments:
Post a Comment