السلام عليكم و رحمت الله و بركته
topik yang akan saya kupas hari ini adalah berkenaan dengan IBUBAPA..kenapa ibubapa?
kita kupas dahulu sedikit demi sedikit..sebelum itu saya nak share sesuatu dari facebook akh hilal asyraf..
Dulu ada seorang bapa,
apabila anaknya memberikan pandangan yang berbeza dengannya, dia suka mengungkit:
"Dulu Abah belikan permainan awak mahal, ada awak pernah fikir? Abah yang sara hidup awak semua ni. Banyak duit Abah keluarkan. Awak janganlah kurang ajar."
Anak itu membesar dengan tidak pernah melepaskan ayat itu daripada minda dan jiwanya. Anak itu membesar dengan usaha untuk berdikari dan seboleh-bolehnya tidak menyentuh duit Ibu Bapanya. Sekiranya ada juga yang terpaksa dipakai, Sang Anak akan mencatit. Hinggalah tiba satu hari, anak itu pulang ke rumah dan bersemuka dengan bapanya sambil menghulurkan cek.
"Ini RM10,000,000.00. Saya simpan selama ini untuk bayar semua permainan saya, kereta yang Abah beli, minyak kereta, bil api air, pakaian dan barang serta yuran masa sekolah rendah dan sekolah menengah, yuran universiti, barang dapur, rumah dan semuanya yang pernah saya guna duit Abah. Duit lebih, Abah ambil lah. Mana tahu kalau ada benda lagi yang Abah tak ungkit."
Dan Si Abah diam sejuta bahasa, teringat akan bicara yang pernah dilepaskan olehnya. Dan hubungan mereka tidak lagi dapat diperbaiki, kerana Si Anak tidak menganggap dia lebih dari 'Si Pemberi Pinjam' berbanding 'Seorang Ayah'

Wahai Ibu Bapa di luar sana yang saya kasihi,
kalam-kalam anda sebenarnya memberikan kesan yang mendalam.
Dari lemparkan kata-kata yang kesat dan sindiran-sindiran yang mengguris hati,
belajarlah berkata baik, atau lebih baik diam -via-(hilal asyraf)

DAPAT??sekarang hal ini kita ambil dari sudut positif sahaja..kalau dari pihak ibubapa ambil ia sebagai salah satu pengajaran..bagi ibu percakapan bagi seorang ibu amatlah harus dijaga..kerana jika sewenang-wenangnya kata kata kesat dilontar,tidak mustahil anak akan mengikutinya..malahan jika ibu mengeluarkan kata2 seperti ''kau ni tidak boleh diharap atau ape ke lembab kau nie'' ia nya seperti satu doa. jadi tidak mustahil lah jika anak itu memang tidak boleh diharap atau lembab, kerana ibunya sendiri yang telah mendoakan anaknya seperti itu. sebenarnya percakapan itu adalah suatu doa, sebab itulah kita harus menjaga percakapan. tidak lupa juga cara untuk menegur anak, memarahi anak, merotan anak semua ada caranya,. semua kita perlu belajar, sebab tue ilmu itu penting.
kalau boleh kuku mestilah pendek, kerana jikalau kuku ibu bapa panjang tidak mustahil anaknya otak lembab, kerana telah disuap dengan kuman dan bakteria sekali. kuku juga ambil peranan yang penting .apa-apa pun kita ambil contoh yang amat mudah dan amat sempurna dalam mendidik anak, tidak lain dan tidak bukan pastilah idola kita sendiri nabi muhammad S.A.W,
Apa-apa pun sabar dalam mendidik anak itu perlu, kerana kami sebagai anak tidak menafikan kedegilan dan kenakalan kami sebagai anak.sebab itulah kami memerlukan contoh yang baik untuk kami teladani.bak kata pepatah''kuah tidak akan tumpah kalau bukan ke nasi''saya banyak cakap pasal ibu kerana akh hilal telah bercakap pasal ayah.
p/s, teringat cerita sitanggang yang derhaka pada ibunya dan telah disumpah menjadi batu,
tapi kenapa ibunya tidak menyumpahnye menjadi hamba yg taat pada allah dan menjadi anak soleh???
keredhaan allah terletak pada keredhaan ibu bapa...-(Lanz Daughterz)-